suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datoh Meninggal Dunia

BAGAN DATOH: Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datoh Aminah Abdul Manaf meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 petang Ahad.

Beliau berusia 52 tahun.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Bagan Datoh Khairuddin Termizi ketika dihubungi Bernama memberitahu Allahyarham mendapatkan rawatan di IJN sejak  bulan lepas.

Menurutnya jenazah akan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di Kampung Tanah Lalang, Sungai Dulang di sini, malam Ahad dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanah Lalang pada Isnin.

Allahyarham, yang tidak berkahwin, dilantik sebagai Ketua Wanita Umno bahagian itu pada 2013 dan merupakan Penyelia Kanan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) kawasan Parlimen Bagan Datoh.

Beliau menyertai politik pada awal 1990-an dan pernah menjadi Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Bagan Datoh pada 2000. - BERNAMA

Artikel Lain