suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen Jelebu Dikejarkan Ke HKL

Zainudin Ismail

SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Zainudin Ismail dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rebah di rumahnya di Kuala Klawang dekat sini pada Jumaat.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) penggal pertama berusia 57 tahun itu pada mulanya dibawa ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke HKL pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari.

Ketika dihubungi, seorang pembantu Zainudin mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Beliau menambah Zainudin berada dalam keadaan stabil.

"Zainudin telah dibawa ke HKL kerana mereka mempunyai pakar dalam pelbagai bidang perubatan. Setakat yang saya tahu, beliau tidak berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Pembantu itu enggan mengulas lanjut punca Zainudin rebah.

Zainudin , seorang graduan pengurusan perniagaan dari Universti Malaya mempunyai tiga orang anak.

Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi LGM Properties Corporation, sebuah badan di bawah Lembaga Getah Malaysia pada Disember lalu.

Artikel Lain