suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perkhidmatan Tren Wilayah Tengah Kembali Beroperasi

Dua buah tren yang bergesel di KM322 di Kuala Kubu Baharu, Sabtu lepas.
KUALA LUMPUR: Semua perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kembali beroperasi seperti biasa sejak malam tadi selepas insiden membabitkan dua buah tren yang bergesel di KM322 di Kuala Kubu Baharu, Sabtu lepas.

KTMB dalam satu kenyataan pada Rabu, menjelaskan perkhidmatan tren dijangka mengalami sedikit kelewatan berikutan laluan di Stesen Kuala Kubu Baharu masih menggunakan satu landasan berikutan kerja-kerja membaik pulih giat dijalankan.

Kejadian pada 1.48 tengah hari itu melibatkan tren Ekspres Rakyat (Butterworth-Johor Baharu) yang membawa 170 penumpang dan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS)(Kuala Lumpur-Ipoh) dengan 340 penumpang, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Hanya tiga penumpang cedera ringan dalam kejadian itu.
KTMB, tren bergesel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain