suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Individu Ditahan Terlibat 'Romance Scam'

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu termasuk seorang warga Nigeria dari kumpulan 'Romance Scam' di Damansara Damai, pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi catatan dalam laman rasmi Twitter beliau pada Rabu.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, PDRM berjaya menyelesaikan 14 kes berkenaan.

Katanya, tangkapan dilakukan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Khalid turut mengucapkan syabas kepada pasukan JSJK berkenaan.

"Syabas JSJK @PDRMsia gempur Kumpulan Romance Scam di Damansara Damai semalam dan tangkap dua orang (satu warga Nigeria), selesaikan 14 ke #GoPDRMGo," katanya.

Romance Scam, PDRM

Artikel Lain