suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Banglo Dan KLIDC Hadir Di Ibu Pejabat SPRM

Phang Li Koon

PUTRAJAYA: Wanita yang menjual banglonya kepada Ketua Menteri Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemilik syarikat yang membeli tanah di Taman Manggis, George Town, pada Jumaat memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Phang Li Koon dan pemilik KLIDC Sdn Bhd Datuk Tang Yong Chew hadir bersama-sama peguam mereka.

Phang tiba pada kira-kira 8.30 pagi dan dilihat memasuki bangunan SPRM dengan ditemani para peguam beliau.

Pada waktu yang sama, Tang tiba bersama-sama peguamnya.

Kedua-dua mereka dipercayai hadir untuk memberikan keterangan.

Kesemua mereka dilihat meninggalkan bangunan SPRM kira-kira 1.30 tengah hari.

Usaha pihak media untuk mendekati Phang, Tang dan para peguam mereka bagaimanapun gagal.

Pembelian banglo di Jalan Pinhorn, George Town oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.

Proses jual beli itu juga didakwa mempunyai kaitan dengan penjualan tanah negeri di Taman Manggis yang diperuntukkan bagi pembinaan projek perumahan rakyat termiskin.

KLIDC (Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn Bhd) telah membeli tanah itu daripada kerajaan negeri.

Artikel Lain