suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemecatan: Husam Belum Terima Notis Rasmi

PETALING JAYA: Datuk Husam Musa belum menerima noits rasmi berhubung pemecatannya oleh Jawatankuasa Disiplin PAS.

"Setakat ini saya belum dimaklumkan secara rasmi mengenai pemecatan ini.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi apabila menerima notis rasmi mengenai tindakan yang diambil terhadap saya," kata bekas naib presiden PAS itu menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.

Husam yang juga Yang Dipertua Pas Kubang Kerian menambah, berikutan itu beliau akan menghadiri mesyuarat agung PAS di Kubang Kerian pada Sabtu ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu berkata, beliau turut sedih dengan pemecatan tersebut.

"Melalui WhatsApp dan SMS, saya dapati telah dipecat daripada PAS.

"Tanpa disedari, air mata saya menitis," jelasnya.

Husam yang juga bekas Exco Kanan Kerajaan Kelantan memberitahu, beliau menyertai PAS pada 1982 kerana parti itu memperjuang prinsip-prinsip Islam.

Husam pernah dipilih sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian pada 1999 sebelum kembali sebagai Adun Salor.

Pada 2013, Husam bertanding sebagai Ahli Parlimen Putrajaya namun tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kubang Kerian, Salor, PAS, Husam Musa

Artikel Lain