suria

Nahas Helikopter: Mayat Wanita Di Bawa Ke Hospital

KUCHING: Mayat wanita yang ditemui berhampiran lokasi penemuan serpihan helikopter di Sungai Batang Lupar akan dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Helikopter yang membawa mayat mangsa mendarat di padang bola sepak Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak pada pukul 3.33 petang sebelum di bawa ke hospital.

Selepas bedah siasat, difahamkan jenazah akan disembahyangkan di surau IPK.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan helikopter yang dinaiki Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan lima yang lain hilang dari radar pada petang Khamis.

Selain Noriah, turut berada dalam pesawat itu ialah suaminya, Asmuni Abdullah.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad.

Tiga yang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Sundaran Annamalai, pengawal peribadi kepada Noriah, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang RP-C 6828 Kapten Rudolf Rex Ragas.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang Khamis dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Helikopter, Sarawak

Artikel Lain