suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Dihempap Pokok

LUMUT: Seorang wanita maut selepas dihempap pokok yang tumbang ke arah gerainya di Teluk Senangin, di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah berkata insiden pukul 12 tengah hari itu menyebabkan Normadiah Adrus, 54, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan cedera parah di kepalanya.

Mayat mangsa dibawa ke bilik mayat Hospital Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Abd Latif Ahmad Nawawi berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.04 tengah hari dan menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

Lumut, Maut

Artikel Lain