suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Sisa Ubat-Ubatan Veterinar Dikesan Dalam Udang Dari Malaysia - Singapura

SINGAPURA: Penguasa Agri-Makanan dan Veterinar Singapura (AVA) tidak mengesan sisa ubat-ubatan veterinar seperti nitrofurans dan amphenicols dalam udang dan udang kecil dari Malaysia.

AVA menyatakan bahawa ubat-ubatan veterinar tidak dibenarkan dalam makanan termasuk udang dan udang kecil.

"Udang yang didapati mengandungi sisa ubat-ubatan veterinar seperti nitrofurans dan amphenicols tidak dibenarkan diimport atau dijual," kata AVA dalam laman Facebook, Jumaat.

Sebagai sebahagian daripada program pengawasan dan pemeriksaan rutin, AVA berkata udang dan udang kecil yang diimport - segar atau beku - dipantau dan sampelnya diambil untuk keselamatan makanan dan mematuhi piawaian dan keperluan kami.

"Produk makanan yang gagal melepasi ujian kami tidak akan dibenarkan untuk dijual," katanya.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dilaporkan mungkin menahan import udang dan udang kecil dari Malaysia selepas menemui sisa nitrofurans dan chloramphenicol semasa penghantarannya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mula menyiasat dakwaan bahawa udang dan udang kekil dari Malaysia mengandungi sisa ubat-ubatan semasa penghantaran ke Amerika Syarikat.

udang Malaysia, eksport udang, FDA, AVA

Artikel Sebelum

Wanita Maut Dihempap Pokok

Artikel Lain