suria

Penjual Telefon Didakwa Urus Pertaruhan Bola Sepak

KUALA LUMPUR: Seorang penjual telefon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menjalan dan menguruskan pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014.

Chen Chee Keong, 43, didakwa menjalan dan menguruskan pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 di Wcs Telecommunication, No 23, tingkat bawah, Lorong Haji Taib 1, Dang Wangi di sini pada 11 malam, 28 Jun 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 (3) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM200,000 dan boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin menawarkan wang jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin bagaimanapun peguam S.N Nair memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh perlu menyara isteri, anak dan ibunya yang uzur.

Majistret Mahyudin Mohmad Som membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Mei untuk sebutan semula kes. 

Artikel Lain