suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno Desak TNB Beri Rebat Khas El-Nino

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat 'one-off' bagi setiap bulan sepanjang fenomena El-Nino bagi mengurangkan beban rakyat.

Naib Ketua Pemudanya, Khairul Azwan Harun berkata TNB perlu segera menghalusi formula dan kaedah rebat khas itu demi kepentingan rakyat.

"PPUM beranggapan ini adalah adil kerana pihak TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan keuntungan berlebihan ekoran kepanasan terik yang dideritai rakyat.

"Malahan sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga tidak sesuai kerana masakan rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan itu sudah terdesak," katanya di dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Beliau berkata pihaknya prihatin tentang keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda sekarang ini sehingga mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di beberapa negeri.

"Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk," katanya.

TNB dalam kenyataan semalam menjelaskan cuaca panas terik dan kering berpanjangan sehingga ke hari ini mengakibatkan permintaan tertinggi elektrik di Semenanjung Malaysia mencatatkan bacaan 17,788 MW pada Rabu (20 April), meningkat 37.82 peratus berbanding 1 Januari lepas (12,906 MW).

TNB, Pemuda Umno, El Nino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain