Daftar Kad Sim Prabayar Tidak Perlu Salinan Kad Pengenalan - Semasa | mStar

Daftar Kad Sim Prabayar Tidak Perlu Salinan Kad Pengenalan

Foto: TAN KIT HOONG/The Star

KUALA LUMPUR: Tiada garis panduan khusus yang mewajibkan pelanggan menyerahkan salinan kad pengenalan (KP) mereka kepada ejen syarikat telekomunikasi apabila ingin membeli kad sim baharu telefon bimbit, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata hanya KP asal individu yang ingin membeli kad sim itu perlu dikemukakan kepada ejen berkenaan bagi tujuan pengesahan bagi pembelian kad itu untuk mengelak berlakunya penipuan dalam pendaftaran.

"Tidak dinafikan ada segelintir pihak (ejen) yang mengumpulkan maklumat daripada kad pengenalan untuk tujuan tertentu berdasarkan SOP (prosedur operasi standard) syarikat mereka.

"Orang awam boleh membuat aduan jika mendapati maklumat peribadi atau kad pengenalan mereka disalah guna. 

"Kementerian ini, melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan data maklumat individu," katanya kepada pemberita di sini,Khamis.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Mengenai ICT, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Ke-11 di sini, Jalani berkata SKMM akan bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa bagi menyiasat kes dilaporkan sebelum tindakan boleh diambil terhadap ejen terbabit.

Pada majlis itu, beliu juga melancarkan Panduan EMFITU (ITU EMF) versi bahasa Malaysia, yang merupakan aplikasi yang menyediakan garis panduan kawal selia amalan terbaik dan maklumat mengenai pengurusan EMF kepada orang ramai dalam bentuk mudah difahami.

"Panduan itu adalah antara kaedah yang digunakan SKMM bagi menyampaikan maklumat tepat tentang pengeluaran EMF kepada orang ramai," katanya.

Simposium lapan hari itu, yang dihoskan KKMM dan SKMM dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd, berlangsung mulai Rabu hingga 27 April dan disertai lebih 100 peserta dari 30 negara.-Bernama

Daftar Kad Sim , Kad Pengenalan

Artikel Sebelum

Bas Rempuh 12 Kenderaan Di Lampu Isyarat

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain