suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banduan Lelaki Mati Ditikam Dalam Penjara

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang banduan lelaki maut ditikam oleh dua banduan lain dalam satu pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Penjara Sungai Buloh di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Mohd Rozi Jidin berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 20 tahun itu maut ditikam suspek menggunakan senjata tajam di bahagian belakang badan dalam kejadian pada 12.30 tengah hari.

"Mangsa dimasukkan ke penjara itu atas kesalahan kes culik," katanya dalam satu kenyataan, malam Sabtu.

Mohd Rozi berkata, proses bedah siasat terhadap mangsa akan dilakukan pada Ahad. - Bernama

Artikel Lain