suria

SPR Bermesyuarat, Tentukan Tarikh PRN Sarawak

Mohd Hashim Abdullah

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat pagi Khamis untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRN) Sarawak ke-11.

Mesyuarat bermula kira-kira pukul 9.30 pagi di Hotel Merdeka Palace, dipengerusikan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah. Turut hadir ialah Pengarah SPR Sarawak Datu Takun Sungga. 

Sidang akhbar dijangka diadakan pada pukul 12 tengah hari ini.

PRN-11 akan diadakan selepas Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan dengan perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud pada 11 April.

Pada pilihan raya DUN Sarawak ke-10 pada 2011, BN memenangi 55 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan, DAP memenangi 12 kerusi tetapi hilang satu kerusi apabila ADUN Pujut Fong Pau Teck dipecat daripada parti itu ekoran perbalahan dalam parti.  

Sementara itu, PKR menang tiga kerusi dan satu kerusi dimenangi oleh wakil Bebas. 

Pada pilihan raya DUN ke-11, kerusi yang dipertandingkan bertambah sebanyak 11, menjadikan jumlah kerusi DUN Sarawak kini sebanyak 82 berikutan proses persempadanan semula yang dijalankan SPR pada tahun lepas. -Bernama

SPR, Sarawak

Artikel Berikut

Artikel Lain