suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tong Asid Nitrik Bocor Di PLUS

BAGAN SERAI: Satu daripada 20 tong asid nitrik yang diangkut sebuah lori dikesan mengalami kebocoran semasa dibawa dari selatan ke Pulau Pinang pagi Rabu.

Kejadian pada 7.40 pagi itu berlaku ketika lori berkenaan sedang melalui KM181 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Bukit Merah Laketown Resort.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Bagan Serai Abdul Nasir Jalil berkata sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.42 pagi ini.

"Apabila sampai di tempat kejadian kami mendapati satu daripada 20 tong asid yang mengandungi 1,000 liter asid nitrik setiap satu, bocor sehingga 68 peratus dan tertumpah di atas jalan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Abdul Nasir berkata pihaknya terpaksa membuat sekatan jalan untuk membolehkan kerja-kerja mencuci tumpahan dapat dilakukan selain mengelakkan asid terus mengalir. 

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-- Bernama

Artikel Lain