suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selesai Segera Masalah Lambakan Pekerja Asing - MTUC

- Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah lambakan pekerja warga asing di negara ini.

Pemangku Presiden MTUC, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata perkara itu perlu diatasi dengan mengehadkan kemasukan pekerja asing.

Katanya langkah itu adalah antara cara untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing serta meningkatkan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghantar memorandum mengenai perkara itu di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini, Abdullah Sani mengalu-alukan dasar serta amalan pengambilan pekerja asing terus melibatkan kerajaan dengan  kerajaan.

"Dasar berkenaan perlu dikuatkuasakan untuk pekerja asing dalam semua sektor dan kadar bayaran levi yang tinggi juga harus dikenakan kepada pengambilan baharu supaya majikan dapat membuat keputusan yang sewajarnya," katanya.

Abdullah Sani menyerahkan memorandum 10 muka surat itu kepada pegawai khas Perdana Menteri, Nik Mohamed Hussein Nik Ali.

Artikel Lain