suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota Tentera Ditemui Tergantung Di Pokok

- Gambar hiasan
BESUT: Seorang anggota tentera ditemui tergantung pada sebatang pokok berhampiran kuarters kakitangan Hospital Daerah Besut di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkata mayatnya ditemukan oleh kakitangan hospital berkenaan, yang kemudian menghubungi polis pada 8.40 pagi.

Polis turut menemui sekeping nota yang ditujukan kepada keluarga anggota tentera itu.

"Pemeriksaan terhadap fizikal mangsa tidak mendapati sebarang kesan kecederaan," katanya di sini.

Difahamkan lelaki berkenaan, yang menemani bapanya yang dirawat di hospital itu, kini menjalani latihan kemahiran sebagai persediaan persaraannya.

mati tergantung, Khaled Che Lah

Artikel Lain