suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Buku 1MDB, Himpunan Baju Merah Beri Penjelasan

KUALA LUMPUR: Buku berjudul '1MDB: Siapa Kata Tidak Dijawab' dan 'Himpunan Baju Merah' diterbitkan bagi memberi penjelasan secara fakta mengenai kedua-dua isu berkenaan, demikian menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Teo Kok Seong (DAP-Rasah) menjelaskan buku itu diedarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) memandangkan kedua-dua isu itu telah dipolitikkan sehingga memberi kesan ketara terutama daripada aspek keselamatan dan kesejahteraan dalam negara.

"Buku berjudul '1MDB : Siapa Kata Tidak Dijawab' telah dicetak sebanyak 125,000 naskah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu (100,000), Bahasa Inggeris (10,000) dan Bahasa Tamil (15,000)," menurut KKMM.

Teo bertanya mengenai jumlah dan kos percetakan kedua-dua buku berkenaan yang diedarkan Jasa.

Menurut jawapan bertulis itu, kos senaskhah bagi buku berhubung 1MDB ialah RM4.85 bersamaan RM606,250, manakala buku 'Himpunan Baju Merah' pula telah dicetak sebanyak 2,000 naskhah dengan kos senaskhah RM6. 

1MDB

Artikel Lain