suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Didakwa Edar Kokain Bernilai RM65 Juta

BUKIT MERTAJAM: Pemilik sebuah firma kejuruteraan didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana mengedar dadah bernilai RM65 juta.

Tertuduh, Yu Beng Chuah, 49, dari Simpang Ampat, didakwa mengedar 278,342 kg kokain pada 24 Februari pada pukul 4.49 petang, di bilik stor logistik Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Jalan Perusahaan Prai di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan kimia.
edar dadah, Yu Beng Chuah

Artikel Lain