suria

Guru Agama Dipenjara 20 Tahun Sebabkan Kematian Pelajar

PUTRAJAYA: Seorang guru agama terlepas daripada hukuman  gantung setelah Mahkamah Rayuan di sini, Rabu mengurangkan pertuduhan terhadapnya daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat, seorang pelajar berumur tujuh tahun, pada lima tahun lepas.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan Hanif Mohamad Ali dan membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan serta hukuman mati kerana membunuh.

Hanif, 32, bagaimanapun, perlu menjalani hukuman penjara 20 tahun apabila mahkamah mendapati dia bersalah menyebabkan kematian Saiful Syazani Saiful Sopfidee atas pertuduhan pindaan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.

Hakim Ahmadi memerintahkan dia menjalani hukuman mulai tarikh tangkapan pada 31 Mac 2011.

Di kandang tertuduh, Hanif, yang memakai pakaian penjara putih-merah, dilihat menghela nafas lega sebaik sahaja mendengar keputusan mahkamah.

Dalam keputusannya, Hakim Ahmadi berkata tiada keterangan yang menunjukkan bahawa Hanif mempunyai niat untuk menyebabkan kecederaan kepada simati dengan mencekik lehernya.

Pelajar, Guru Agama

Artikel Lain