suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerbau Banteng Borneo Terancam

KOTA KINABALU: Kerbau Banteng Borneo yang terkenal dengan "sarung kaki putih" mungkin menjadi spesies seterusnya dari Sabah yang bakal pupus jika usaha pemuliharaan tidak dipertingkatkan.

"Pihak pemuliharaan menganggarkan hanya 500 banteng atau kerbau liar masih berada di habitat semulajadi mereka," kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun.

"Kebimbangan saya adalah kerbau banteng yang daging dan tanduknya sentiasa dicari akan pupus dalam kehidupan kami," katanya.

Beliau menyuarakan kebimbangan kemungkinan kerbau ini boleh mengalami nasib yang sama seperti badak Borneo.

"Kita perlu melakukan pemuliharaan. Badak Borneo boleh dikatakan pupus. Sehingga kini kita mempunyai tiga ekor dan mereka tidak cukup sihat untuk menambah jumlahnya," katanya ketika melancarkan buku bertajuk Upin: A Borneo Banteng.

Masidi berkata semua pihak mempunyai peranan termasuk memastikan pengagihan tanah secara teratur untuk pertanian dan pembangunan lain bagi mengelakkan pembukaan hutan.

"Kita perlu pastikan terdapat hutan yang cukup (untuk habitat hidupan liar) melalui pengurusan tanah yang teratur," katanya

Banteng Borneo

Artikel Berikut

Artikel Lain