suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bom Kereta Di Ankara

Datuk Seri Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah dan simpati mendalam kepada keluarga mangsa serangan bom kereta di Ankara, Turki, Rabu.

Beliau berkata Malaysia mengutuk keras serangan tersebut yang mengorbankan 28 orang dan mencederakan 61 yang lain.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Turki terutama keluarga dan mangsa serangan kejam itu," katanya dalam akaun Twitter rasminya, malam Khamis.

Beliau berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan menjadi mangsa tetapi situasi itu akan terus dipantau.

Perdana Menteri menasihatkan rakyat Malaysia di negara itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di talian +(90)312-4463547(8) untuk sebarang pertanyaan.

Artikel Berikut

Saya Bukan Superman - Annuar

Artikel Lain