suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Bangladesh Maut, Suami & Anak Parah Nahas Di Langkawi

Gambar hiasan.

LANGKAWI: Seorang wanita Bangladesh maut sementara suami dan dua orang anaknya cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van di Jalan Pantai Kok di sini Khamis.

Joynob Abedin, 32, dari Dhaka disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Langkawi selepas terlibat dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Langkawi, Penolong Penguasa Kanan Yaakob Hassan berkata suami Joynob yang masih belum dikenal pasti identitinya tersepit di tempat pemandu kereta yang remuk itu sementara dua orang anak mereka terhumban keluar akibat pelanggaran itu.

Enam daripada lapan orang yang menaiki van berkenaan turut mengalami kecederaan parah.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital dengan sebuah ambulans dan beberapa buah kenderaan orang ramai yang melalui tempat kejadian berkenaan. - BERNAMA

Bangladesh, kemalangan

Artikel Berikut

Anugerah MyHero 2.0 Dilancar

Artikel Lain