suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Majlis Angkat Sumpah Exco Kedah Isnin Ini - Pejabat SUK

ALOR SETAR: Majlis Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah dijadual dilangsungkan Isnin ini di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini.

Menurut surat jemputan media yang dihantar Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri pada Rabu, majlis dijadual berlangsung pada pukul 9 pagi.

Acara mengangkat sumpah dan Pengurniaan Tauliah Pelantikan akan dilangsungkan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Pelantikan Exco itu selaras dengan perkara 37(2)(b) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah.

Bagaimanapun sehingga kini, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah belum mengumumkan barisan exco baharu.

Beliau mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 4 Februari, sehari selepas Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir meletak jawatan sebagai menteri besar berikutan kehilangan kepercayaan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.-- Bernama

Exco Kedah, SUK, Istana Anak Bukit

Artikel Lain