suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pengarah Urusan Tanjung Offshore Berhad Didakwa Tipu, Gubah Wang Haram

Harzani Azmi.

PETALING JAYA: Bekas Pengarah Urusan Tanjung Offshore Berhad, Datuk Harzani Azmi didakwa atas dua pertuduhan melakuan penipuan dan pengubahan wang haram.

Harzani didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuala Lumpur pada Selasa kerana melakukan penipuan di bawah Seksyen 366 (1)(a) Akta Syarikat 1965.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Harzani boleh dihukum denda maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan tersebut.

Harzani diwakili peguam Datuk N.Sivananthan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan Harzani diikat jamin sebanyak RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Malah, mahkamah turut mengarahkan Harzani menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 23 Mac depan untuk sebutan semula kes.

SPRM, penipuan, pengubahan wang haram

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Di Lahad Datu

Artikel Lain