Tolak Umno Jika Ada 'Malaikat' Baharu - Annuar Musa - Semasa | mStar

Tolak Umno Jika Ada 'Malaikat' Baharu - Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa
KUALA LUMPUR: Rakyat berhak memilih bagi menentukan masa depan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam kerajaan pada pilihan raya umum akan datang jika menganggap wujudnya 'malaikat' baharu yang mampu mentadbir negara dengan lebih baik.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu akan terus mempertahankan hak rakyat khususnya kaum Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan  selagi diberi mandat oleh rakyat.

Katanya, ini termasuk bagi memenuhi objektif penubuhan Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk memastikan golongan Bumiputera mendapatkan pendidikan ke peringkat tertinggi.

"Wujudnya Mara bukan untuk suka-suka. Tapi kalau tak suka dengan Mara, ubahlah Perlembagaan. Tapi selagi Umno (berkuasa) kami akan pertahankan Perlembagaan.

"Tuan-tuan nak cari orang lain yang nak pinda Perlembagaan...silakan.

"Dua tahun lagi pilihan raya, if u found a new angel,  dan Umno ini devil, vote us out," katanya di sini, Isnin.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran pinjaman pendidikan Mara kepada mahasiswa Institusi Pengajian Mara (IPMa) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini.
Annuar Musa , Mara , UniKL , Umno

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain