suria

Lelaki Ugut Letupkan Kediaman PM Direman Lima Hari

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mengeluarkan kenyataan mengugut untuk meletupkan kediaman Perdana Menteri dalam laman Facebook miliknya, ditahan reman lima hari bermula Jumaat.

Menurut laman Facebook Polis DiRaja Malaysia (PDRM), lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 130G Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dihubungi Bernama pada Sabtu mengesahkan suspek itu ditahan di rumahnya di Parit Buntar, Perak.

Suspek berusia 28 tahun itu telah memuat naik status berkenaan itu pada 4 Februari lepas.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata pihaknya memandang serius ugutan yang dilakukan individu berkenaan dan mengesan pemilik akaun itu untuk membantu siasatan.

Di IPOH, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah/Operasi Perak ACP Fadzil Ahmat berkata lelaki berkenaan ditahan di rumahnya pada 4.30 petang Jumaat.

Beliau berkata siasatan kes itu dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5 Bukit Aman).

Artikel Berikut

Artikel Lain