suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Kampung Penting Sebagai Ejen Transformasi Luar Bandar - Tajuddin

TELUK INTAN: Tanggungjawab dan peranan ketua-ketua kampung amat penting sebagai ejen transformasi luar bandar, kata Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, sehubungan itu ketua kampung perlu meningkatkan lagi kerjasama dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing bagi memastikan pembangunan dilaksanakan di kawasan mereka di samping meningkatkan ekonomi penduduk.

Ketua kampung juga perlu merancang gerak kerja bagi mengatasi dan membendung masalah sosial di kawasan masing-masing, kata Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kepada pemberita selepas majlis penyampaian Watikah Pelantikan Ketua Kampung 2016-2017, di sini, Ahad.

Sebanyak 89 ketua kampung iaitu 41 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik dan 48 bagi DUN Kampung Gajah dalam Parlimen Pasir Salak menerima watikah pelantikan masing-masing.

Daripada jumlah itu 75 adalah ketua kampung yang disambung perkhidmatan, manakala 14 adalah muka baharu.-- Bernama

Artikel Lain