suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dasar Harga Terangkum Bermula Selepas Julai - Hamzah

Hamzah Zainuddin.

KUALA LUMPUR: Peniaga mungkin perlu memaparkan harga sebenar produk mereka bermula pertengahan tahun ini sekiranya Dasar Harga Terangkum (SPP) dilaksanakan.

The Star pada Sabtu melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji Dasar Harga Terangkum selepas menerima banyak aduan bahawa peniaga tidak memaparkan harga sebenar.

Menurut sumber, segelintir pengguna sebenarnya terpaksa membayar kos lebih tinggi untuk sesuatu produk atau perkhidmatan daripada harga yang dipaparkan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata dasar tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini.

"Masanya akan tiba apabila kita umumkan tarikh dasar ini dilaksanakan. Dalam masa terdekat, kami mahu ia dilaksanakan tahun ini.

"Mungkin separuh kedua atau suku ketiga tahun ini," kata Hamzah kepada pemberita di pusat membeli-belah Sogo.

Di bawah SPP, pihak peniaga diwajibkan untuk memaparkan harga terangkum termasuk caj perkhidmatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan beberapa surcaj tambahan yang tersembunyi.

Artikel Lain