suria

Trafik Di Lebuh Raya Lancar Pada Tengah Hari, Kenderaan Dijangka Meningkat Sebelah Petang

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama di seluruh negara dilaporkan lancar tengah hari Sabtu namun bilangan kenderaan dijangka meningkat pada sebelah petang berikutan orang ramai beransur pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti panjang bersempena Tahun Baharu Cina.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama, aliran trafik di kedua-dua arah lebuh raya itu masih lancar setakat 12 tengah hari Sabtu.

"Namun trafik perlahan sepanjang tujuh kilometer dari arah Seremban ke Senawang berikutan kemalangan di KM256.7," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik juga lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA

trafik, lebuh raya

Artikel Lain