suria

1MDB: Dua Individu Terakhir Beri Keterangan Kepada PAC Minggu Depan

ROMPIN: Dua individu terakhir akan tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) minggu hadapan.  

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata, mereka ialah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. 

"Dua individu ini terakhir yang akan kita panggil pada 11 an 12 Februari nanti," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan van serbaguna sumbangan Bank Rakyat kepada Masjid Al-Iman Kampung Leban Chondong di sini, Ahad. 

Dalam pada itu, Hasan yang juga Anggota Parlimen Rompin berkata, Ketua Audit Negara akan membentangkan laporan audit mengenai krisis 1MDB itu kepada PAC pada 24 dan 25 Februari ini. 

Beliau berkata, setelah itu PAC akan membuat rumusan terhadap intipati pembentangan laporan audit berkenaan untuk dibentang pula kepada Parlimen. - Bernama

1MDB, PAC

Artikel Lain