suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Star Kamal Hashim Meninggal Dunia

GEORGE TOWN:  Pengarah Eksekutif dan salah seorang peneraju utama akhbar The Star, Tan Sri Kamal Hashim telah meninggal dunia pada pukul 7.30 malam Selasa.

Kamal, 77,  yang telah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti termasuk sebagai pengurus jualan wilayah untuk akhbar The Star meninggalkan balu, Puan Sri Su Akil, 80, tiga orang anak perempuan dan sembilan cucu.

Allahyarham adalah anak jati Pulau Pinang iaitu tempat di mana akhbar The Star mula-mula diterbitkan.

Hubungan baiknya dengan para pemimpin dan tokoh masyarakat telah banyak membantunya dalam membina masa depan akhbar The Star yang mana beliau juga merupakan salah seorang pengasasnya.

Kamal telah diserang sakit angin ahmar pada September tahun lepas dan sejak itu beliau dirawat di hospital.

Beliau dilantik sebagai anggota lembaga pengarah mulai Mei 1973 dan di peringkat awal penubuhan The Star, beliau adalah pengarah yang turut menyandang jawatan sebagai pengurus pentadbiran dan personel. 

Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Perak. 

Tan Sri Kamal Hashim

Artikel Sebelum

Mukhriz Setuju Berundur

Artikel Lain