suria

Menjelang Tahun Baru Cina, Tiket KTM Habis Dijual

KUALA LUMPUR: Tiket kereta api dari sini ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk tarikh 6 Februari (Sabtu) telah habis dijual dalam masa sejam selepas jualan bermula, menyebabkan ramai yang kecewa dengan KTM Bhd (KTMB).

Ia adalah sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina, dan seterusnya hari cuti kebangsaan pada 8 dan 9 Februari, kecuali bagi Kelantan dan Terengganu. Kebanyakan masyarakat Cina mahu pulang untuk makan malam bersama keluarga sempena perayaan tersebut.

Kata-kata tidak puas hati kedengaran di kaunter tiket KTMB apabila atendan mengumumkan bahawa tiket ke Butterworth dan Padang Besar untuk tarikh 6 Februari semuanya habis dijual selepas ia mula dijual pada pukul 8.30 pagi Jumaat.

Anggota keselamatan kemudian juga menenangkan beberapa pelanggan yang kelihatan gelisah.

Notis di kaunter maklumat berkata tiket ke utara dari JB Sentral ke Ipoh, Butterworth dan Hat Yai pada 6 Februari juga telah habis dijual.

Difahamkan bahawa terdapat pembeli yang beratur seawal 6.30 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket mereka di bawah sistem KTMB yang tidak menjual tiket 30 hari lebih awal, termasuk tarikh perjalanan.

Sebagai contoh, tiket untuk 7, 8 dan 9 Februari masing-masing hanya boleh didapati pada 9, 10 dan 11 Januari.

Seorang pelanggan yang mahu ke Ipoh, Chen Li Ling, memberitahu The Star bahawa mereka mempunyai kesukaran untuk log masuk ke pelayan KTMB untuk menempah e-tiket.

Berdasarkan pengalaman lepas, dengan sistem e-tiket KTMB, seorang penumpang biasa yang hanya mahu dikenali sebagai Chung berkata dia tiba di KL Sentral pada pukul 7.20 pagi untuk mengambil nombor bagi membeli dua tiket ke Ipoh pada 6 Februari.

"Apabila saya tiba, terdapat lebih daripada 200 pelanggan di hadapan saya.

"Saya hanya berjaya mendapatkan tiket saya pada pukul 10 pagi," kata Chung.

Tiket ke Ipoh telah habis dijual pada tengah hari Jumaat.

Sementara itu, pemeriksaan dengan redbus.sg menunjukkan tiket bas ke utara masih ada.

Applikasi kereta Tripda (tripda.com.my) juga menawarkan cara yang berbeza dalam perjalanan semasa musim perayaan yang akan datang.

Pengguna boleh memuat permintaan atau tawaran perjalanan melalui applikasi itu yang akan cuba memenuhi permintaan anda.
KTMB, keretapi, Tahun Baru Cina

Artikel Lain