suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tubuh Pasukan Petugas Buru Kumpulan Samun Bersenjata Di Bangi, Kajang

KUALA LUMPUR: Polis Selangor menubuhkan pasukan petugas bagi memburu kumpulan samun bersenjata, yang semakin agresif melakukan jenayah di sekitar kawasan perumahan di Bangi dan Kajang.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willy Richard berkata, pasukan berkenaan dianggotai 20 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Selain itu polis juga akan meningkatkan kekerapan rondaan di sekitar kawasan Bangi dan Kajang," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Rabu lepas, tujuh kejadian ragut dan samun bersenjata dilaporkan berlaku di sekitar Bangi dan Kajang.

Modus operandi kumpulan itu ialah menyerang mangsa menggunakan parang apabila mangsa membuka pintu pagar rumah untuk ke tempat kerja. - Bernama

Artikel Lain