suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelaksanaan eVisa Bermula 2 Januari Ini

Sakib Kusmi

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perkhidmatan dalam talian visa secara elektronik atau eVisa merangkumi tiga fasa akan dilaksanakan, dengan fasa pertama bermula 2 Januari 2016. 

Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) Imigresen Datuk Sakib Kusmi berkata ini disusuli fasa kedua pada Mac manakala fasa ketiga pula bakal bermula Jun 2016, dan ia hanya untuk permohonan bagi Visa Tanpa Rujukan.

Dalam kenyataan pada Khamis, beliau berkata fasa pertama melibatkan pelaksanaan untuk warga China yang berada di negara berkenaan manakala fasa kedua adalah bagi rakyat China yang berada luar dan dalam negara China, manakala fasa ketiga pula merangkumi seluruh dunia.

"Untuk makluman, pemohon eVisa tidak akan dikenakan sebarang caj pemprosesan visa sehingga hujung Mac 2016 sejajar dengan program Visa Waiver yang diperkenalkan pada 15 Februari 2015 dan program Group Tourist Registration System (GTRS) bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang tamat pada penghujung 2016," katanya.

Bagaimanapun, Sakib berkata caj perkhidmatan eVisa akan diumumkan secara rasmi kelak.

Orang ramai boleh melayari laman web http://www.windowmalaysia.my untukmaklumat lanjut.

eVisa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain