suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Terengganu Semakin Pulih

Sebuah keluarga menggunakan khemah di dalam dewan untuk kemudahan wanita di Pusat Pemindahan Mangsa Bencana di Dewan Serbaguna Felda Seberang Tayor, Kemaman baru-baru ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Terengganu semakin pulih apabila ramai mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang semakin bertambah baik.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat tengah hari Khamis jumlah keseluruhan mangsa banjir di daerah Kemaman, Terengganu masih kekal seperti pagi tadi iaitu 286 orang daripada 66 keluarga.

Katanya, kesemua mangsa tersebut ditempatkan di satu pusat pemindahan iaitu di Dewan Sivik Felda Seberang Tayor.

Keadaan banjir di Kelantan dan Pahang pula, pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa pulang ke rumah masing-masing sejak tengah hari Rabu.

Sebanyak 51 mangsa banjir terakhir di Pahang melibatkan 11 keluarga di daerah Kuantan dibenarkan pulang manakala di Kelantan, 46 mangsa banjir di jajahan Kuala Krai dibenar pulang 11 pagi Rabu. - BERNAMA

banjir, Terengganu

Artikel Lain