suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nurul Nuha Dibenar Keluar Hospital Esok

Nurul Nuha Anwar.

PETALING JAYA: Anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini selepas terjatuh di kediamannya baru-baru ini akan dibenarkan keluar hospital pada Selasa.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata Nurul Nuha menunjukkan tanda-tanda semakin pulih dan sudah dipindahkan ke wad biasa pada Isnin.

"Alhamdulillah, dia semakin pulih. Dia sudah dipindahkan ke wad biasa hari ini (Isnin). Insya-Allah dia akan dibenarkan keluar hospital esok," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Malah, Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nurul Nuha berada dalam keadaan kritikal.

"Keadaan dia tidak seperti yang dilaporkan. Dia menunjukkan perkembangan positif dan dinasihatkan doktor supaya banyak berehat," katanya.

Terdahulu, Nurul Nuha dilaporkan dimasukkan ke Pusat Perubatan Tropicana di sini selepas mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh di rumahnya.

Susulan insiden itu, Anwar mendapat kebenaran daripada pihak penjara Sungai Buloh untuk melawat anak perempuannya itu selama kira-kira 45 minit pada Jumaat lalu.

Semasa lawatan tersebut, Anwar dikawal rapi seramai 12 pengawai penjara dengan diiringi enam buah motosikal pengiring dan dua buah van dari penjara Sungai Buloh.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman Facebook Anwar, bekas ketua pembangkang itu berharap supaya orang ramai bersama-sama mendoakan agar anaknya segera pulih.

"Sama-samalah kita doakan agar Nuha segera pulih dan sembuh seperti sediakala," menurut kenyataan dalam Facebook beliau.

Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.






Nurul Nuha Anwar, ICU, cedera

Artikel Lain