suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Maut Langgar Lembu

KOTA TINGGI: Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu yang sedang melintas jalan di KM4, dekat hadapan Pam Air Jalan Utama Felda Semenchu, dekat sini, Sabtu malam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supt Rahmat Othman berkata, dalam kejadian pada 10.30 malam itu, Mohd Taufik Daud, 28, dalam perjalanan ke kilang sawit, dipercayai melanggar haiwan tersebut menyebabkan mangsa terbabas.

Beliau berkata, mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dari Blok 5 Felda Semenchu itu, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Lain