suria

Lelaki Maut Kereta Dipandu Terbabas Ke Tepi Sungai

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Tuaran By Pass, berhampiran Jambatan Rampayan, kira -kira 9.50 malam Sabtu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata mangsa Irwan Samsul, 31 tersepit di bahagian tempat duduk dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Chandra berkata kenderaan itu dipandu dari arah Inanam menghala ke Tuaran dan apabila sampai di tempat kejadian kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke tepi sebelah kiri jalan sebelum terhumban ke tepi sungai.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth, di sini untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

maut, terbabas

Artikel Berikut

Artikel Lain