suria

Kes Perceraian Taikun Malaysia Boleh Didengar Di Britain

Pauline Chai.

PETALING JAYA: Mahkamah Rayuan Britain memerintahkan kes perceraian taikun Malaysia Tan Sri Khoo Kay Peng dan isternya, Pauline Chai boleh diteruskan di negara itu.

Menurut laporan akhbar The Telegraph, Khoo cuba untuk mencabar keputusan Mahkamah Tinggi British untuk membenarkan prosiding diteruskan di sana.

Namun, ketiga-tiga hakim Mahkamah Rayuan pada Jumaat menolak permohonan Khoo.

Pada Jun lalu, Mahkamah Rayuan di Malaysia memerintahkan bahawa Chai tidak mempunyai hak untuk memilih lokasi dia akan menetap kerana undang-undang biasa masih terpakai iaitu isteri perlu mengikut tempat kediaman suami iaitu di Malaysia.

Chai yang juga bekas Ratu Cantik Malaysia/Antarabangsa 1969 memfailkan prosiding perceraian di Britain pada 14 Februari 2013 menentang suaminya bagi memperolehi separuh daripada hasil kekayaan yang bernilai 500 juta euro (RM2.75 bilion) sebagai tuntutan penyelesaian.

Dilaporkan Chai akan mendapat bayaran tuntutan harta sepencarian yang lebih kecil jika kes tersebut diputuskan mengikut undang-undang Malaysia berbanding jika kes tersebut didengari di Britain.

Artikel Lain