suria

IACA Pilih SPRM Kendali Program MACS Tahun Depan

Abu Kassim Mohamed

KUALA LUMPUR: Akademi Pencegahan Rasuah Antarabangsa (IACA) telah memilih Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk mengendalikan program Sarjana Pengajian Pencegahan Rasuah (MACS) buat kali kedua tahun depan.

SRPM dalam kenyataan pada Sabtu berkata modul itu merupakan salah satu daripada tujuh modul MACS yang akan dilaksanakan Januari depan.

"Malaysia merupakan satu-satunya negara di luar Austria dan negara pertama dipilih untuk mengendalikan modul keenam program MACS," menurut kenyataan itu.

"Pemilihan ini memperlihatkan IACA terus meletakkan kepercayaan yang tinggi ke atas MACA dan saya berpuas hati dengan pengendalian kelas Modul Penguatkuasaan di MACA tahun lepas," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed dalam kenyataan yang sama.

Abu Kassim, yang juga Naib Pengerusi Lembaga Pentadbir IACA, berkata pendekatan ini telah digunakan ketika sesi Mei 2014 yang berlangsung di MACA disambut baik oleh IACA dan penuntut kumpulan pertama MACS.

Pada Jumaat, SPRM dan IACA bersetuju melanjutkan Memorandum Persefahaman (Mou) yang dimeterai pada 2012 dan IACA bersetuju untuk meneruskan jalinan kerjasama SPRM bagi tempoh tiga tahun akan datang.-Bernama

SPRM, MACA, MACS

Artikel Berikut

Artikel Lain