suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kereta Rempuh Belakang Treler, Remaja Maut

NILAI: Seorang remaja perempuan maut apabila kereta yang dipandu rakannya melanggar belakang sebuah treler di Km275.1 arah selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Zaldino Zaludin berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, Tan Su Hua, 19, penumpang hadapan maut di tempat kejadian.

"Seorang rakan lelaki yang duduk di tempat duduk belakang parah di kepala, manakala pemandu dan seorang lagi penumpang, masing-masing lelaki dan perempuan, cedera ringan," katanya.

Katanya kereta Toyota Vios yang dipandu Heng Jin Yong, 19, dipercayai hilang kawalan dan merempuh treler itu yang menyebabkan kereta itu berpusing beberapa kali ke hadapan sejauh kira-kira 70 meter dan berhenti dalam keadaan terbalik.

Beliau berkata mayat Tan dan kesemua mangsa yang cedera berusia antara 17 hingga 19 tahun itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan.

Nilai

Artikel Lain