suria

PM Dijangka Bersuara Isu 1MDB, Penyingkiran Muhyiddin Dari Kabinet

Ahmad Zahid (tiga, kanan) disambut oleh hadiran pada majis yang dianjurkan Tajuddin (kiri) di kediaman Bukit Damansara, Isnin malam. Foto M. AZHAR / The Star

PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno yang akan bermula pada Khamis ini selepas tahun yang getir buat presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan dengan siri serangan tanpa henti berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Najib terselamat daripada serangan itu dan beliau akan menangani perhimpunan tahunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan yakin beliau mendapat sokongan padu daripada barisan ahli dan kepimpinan dalam parti.

Sumber Umno memberitahu bahawa Najib berhasrat untuk tampil berani menangani keadaan sukar itu menerusi ucapan presidennya dan akan berhadapan dengan beberapa isu yang menjadi kebimbangan buat parti.

Antara topik yang mungkin diperjelaskan dalam ucapannya ialah isu 1MDB, penyingkiran Tan Sri Muhyiddin dari Kabinet serta kritikan daripada bekas presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anggota akar umbi setakat ini masih belum lagi mendengar secara langsung daripada beliau mengenai pemecatan timbalan presiden dalam Kabinet dan ia akan menjadi peluang pertama bagi Najib untuk mengemukakan hujah-hujahnya di pentas besar.

Pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Najib turut mencetuskan kebimbangan besar kepada parti dan para perwakilan mahu mendengar daripada presiden mereka sama ada kebuntuan itu boleh diselesaikan.

Najib tidak akan mengetepikan masalah besar dan kontroversi yang berbangkit walaupun Dr Mahathir akan berada di kalangan hadirin dan timbalan presidennya akan berada di pentas.

Bagaimanapun, sumber berkata, Najib akan memastikan beliau akan berucap dengan berhati-jati dan akan memastikan mesejnya tidak akan disalahertikan. 

Perdana Menteri juga membicarakan tentang isu 1MDB dalam persidangan kepimpinan mahasiswa nasional pada Ahad lalu apabila beliau menyamakan serangan terhadap 1MDB sebagai perang persepsi dengan "pembohongan dan bukannya fakta".

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tan Sri Annuar Musa menjangkakan beberapa kritikan daripada perbahasan tetapi ia akan dilakukan dengan cara yang positif.

"Terdapat semangat penyatuan kerana di sebalik fikiran masing-masing ialah untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-14.

"Tidak akan ada penghinaan atau dakwaan, walaupun mereka yang kritikal akan melakukannya dengan pandangan untuk memperkukuhkan parti," kata Anuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh dan Pengerusi Mara.

Annuar berkata, Najib juga akan mempunyai sokongan kuat dalam majlis tertinggi dan tiga sayap Umno.

Beliau berkata, terdapat rungutan di peringkat sayap sebelum ini namun sesi bersama Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy yang membantu memberikan jawapan dan menenangkan keadaan.

Perhimpunan agung Umno turut diadakan di tengah-tengah spekulasi mengenai pemecatan Muhyiddin dan naib presiden parti, Datuk Seri Shafie Apdal tidak lama lagi kerana tindakan mereka yang menjejaskan parti.

Pada Isnin malam, Muhyiddin, Shafie dan Dr Mahathir berucap di pentas di Kelab Sultan Sulaiman mengkritik Najib, dan Dr Mahathir sendiri mengulangi desakannya supaya Najib meletakkan jawatan.

Ketiga-tiga mereka dikatakan mahu memalukan kepimpinan parti menjelang perhimpunan agung Umno.

Muhyiddin dalam ucapannya yang paling lantang bersuara sejak disingkirkan daripada Kabinet berkata, Najib harus bercuti sementara siasatan 1MDB selesai.

Pada malam yang sama, terdapat sokongan terhadap Najib di kediaman Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Rah­man di Bukit Damansara.

Tajuddin yang juga merupakan ahli MT dan timbalan menteri menganjurkan majlis makan malam untuk anggota MT yang disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tajuddin menegaskan ia sebagai "majlis mengeratkan hubungan silaturrahim" namun MT merupakan badan tertinggi bagi membuat keputusan daam parti dan pertemuan itu dilihat sebagai cara mereka menunjukkan kedudukan mereka dalam hubungan renggang antara presiden dan timbalan presiden.

Ia juga dilihat sebagai usaha mereka men

Kesemua ahli MT dan ketua sayap menghadiri majlis itu kecuali Najib.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain