Mahkamah Batal Saman Anina Terhadap Pemecatannya Dalam Umno - Semasa | mStar

Mahkamah Batal Saman Anina Terhadap Pemecatannya Dalam Umno

Anina Saadudin
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin telah membatalkan saman bekas anggota Wanita Umno Bahagian Langkawi, Anina Saadudin berhubung pemecatannya dari parti itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, S. Nantha Bala memutuskan bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar perkara berhubung pertikaian dan hal ehwal parti politik di bawah Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966.

"Sejak mula seksyen 18(c) dalam akta itu dikuatkuasakan, semua percubaan oleh ahli parti untuk membawa rungutan mereka ke mahkamah telah gagal," katanya sambil menambah bahawa seksyen itu memperakui semua bentuk saman melibabtkan parti politik tidak akan dilayan oleh mahkamah.

Secara teori, sesebuah parti politik boleh memutuskan untuk mahu tidak mahu untuk pecat atau gantung sesiapa sahaja yang mereka mahu atas apa jua alasan, katanya.

Beliau memutuskan demikian ketika membenarkan permohonan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh untuk membatalkan saman yang dikemukakan oleh Anina.

Beliau kemudian mengarahkan Anina, 40, membayar kos RM5,000 kepada Tengku Adnan dan Ab Rauf, selaku defendan.

"Ini bukan untuk mengatakan atau membayangkan bahawa plaintif (Anina) bukan lagi menjadi ahli Umno atas sebab tidak serius tetapi sebaliknya melanggar Fasal 20.9 perlembagaan parti dengan mengheret isu parti ke mahkamah," katanya.

Pada 5 Oktober lepas, Anina memfailkan saman terhadap Tengku Adnan dan Ab Rauf, antara lain, menuntut pengisytiharan bahawa dua surat pemecatan yang dikeluarkan oleh defendan tidak sah dan tidak menjejaskan keahliannya.

Anina dipecat daripada Umno selepas beliau memfailkan saman pada 8 Ogos lepas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi presiden parti itu.

Nantha berkata mengikut Fasal 20.11.2 perlembagaan parti, Anina boleh mengemukakan rayuan selepas tiga tahun untuk mengembalikan keahliannya.

Di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili defendan, memberitahu pemberita bahawa beliau akan menggunakan penghakiman itu dalam kes saman berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang difailkan oleh Anina terhadap Najib dan Ab Rauf.

Anina, yang dihadir di mahkamah, diwakili peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain