suria

Saya Terbuka Terima Kritikan - Rahman Dahlan

Datuk Abdul Rahman Dahlan
PUTRAJAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata beliau bersikap terbuka dalam menerima sebarang kritikan daripada pihak media mengenai pentadbirannya.

Beliau berkata setiap kritikan yang diterima padanya dianggap boleh digunakan sebagai penanda aras bagi menentukan sama ada kementerian berkenaan telah melaksanakan tugas dengan baik atau sebaliknya.

"Saya rasa hubungan saya dengan media baik, dan ramai rakan media telah tulis dengan baik.

"Jadi menteri bukan senang...tidak semua pihak mendengar arahan," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Media bersama Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di sini malam Isnin.

Abdul Rahman berkata majlis makan malam berkenaan dianjurkan sebagai inisiatif kementerian untuk menjalin kerjasama lebih erat dengan pihak media yang menurutnya banyak membantu beliau dan kementerian selama ini.

Artikel Berikut

Artikel Lain