suria

Universiti Swasta Turut Haramkan Vape

PETALING JAYA: Beberapa universiti swasta turut mengharamkan aktiviti vape di kampus mereka.

Pengarah Eksekutif Kanan Sunway Education Group dan Universiti Sunway, Elizabeth Lee berkata vape adalah dilarang di institusi berkenaan dan kawasan sekitar kampus itu telah ditetapkan sebagai zon larangan merokok.

"Larangan itu juga terpakai di kediaman rasmi pelajar," katanya sambil menambah bahawa larangan itu merangkumi semua bentuk rokok termasuk rokok elektronik.

Pengurus Kanan Pusat Alumni KDU University, Mitchell Liong berkata kedua-dua kampus di Damansara Jaya dan Utropolis sentiasa bebas daripada asap rokok.

"Ia termasuk vape dan e-rokok," kata Liong.

Ketua Eksekutif INTI International College Subang, Tan Ling Ling berkata kolej itu melarang aktiviti merokok dan vape.

"Dasar itu terpakai di semua kampus INTI lain juga," katanya.

Selain itu Monash University Malaysia berkata aktiviti merokok dan semua yang sama dengannya adalah dilarang di tempat mereka. merokok dari segala macam dilarang di tempatnya.

Sebelum ini Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh mengumumkan bahawa vape dan rokok tembakau diharamkan di semua 20 universiti awam di negara ini.

Vape, Rokok Elektronik

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Peniaga Vape Di Johor Bingung

Artikel Lain