suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia Perlu Tolak Sebarang Kuasa Pecah-Belah Perpaduan - Liow

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai menggesa rakyat Malaysia daripada semua kaum untuk menerima perbezaan masing-masing dan menolak sebarang kuasa yang cuba memecah-belahkan perpaduan di antara mereka.

Beliau berkata adalah penting untuk rakyat Malaysia kekal bersatu dalam mendukung dan mengekalkan keharmonian yang dinikmati di Malaysia ketika ini.

"Malaysia hanya mampu menjadi kuat menerusi perpaduan yang menjadi pengikat kepada kita semua. Saya menggesa rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama untuk mengutamakan perpaduan dan menghormati kepelbagaian warisan kebudayaan kita," katanya dalam perutusan Deepavali pada Isnin.

Presiden MCA itu juga berharap mereka yang melakukan perjalanan semasa musim perayaan ini untuk memandu dengan berhati-hati dan selamat.

Datuk Seri Liow Tiong

Artikel Lain