suria

Gangguan Bekalan Air Di Selangor

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama tiga hari mulai pukul 10 pagi  Sabtu hingga 10 malam 17 Nov ini.

Gangguan bekalan air itu berikutan kerja penggantian dan pembaikan pam di Loji Pembersihan Air Sungai Langat, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Menurut Syabas, kawasan yang terlibat ialah Taman Kota Cheras, Taman Orkid, Taman Rasa Sayang, Taman Sri Aman, Taman Cheras Mas, Taman Lagenda Mas 1 dan 2, Taman Tun Perak, Taman Tanming Jaya dan Taman Putra Budiman.

Kawasan lain ialah Taman Balakong Jaya, Taman Puncak Utama, Jade Hill, Taman Sri Timah, Taman Sungai Besi Indah 1 dan 2, Taman Harmoni Indah, Taman Bukit Belimbing dan Taman Juara Jaya.

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan orang ramai agar membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya sebelum Sabtu ini untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan itu.

"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja pembaikan dan penggantian dengan secepat mungkin," kata kenyataan itu.

Pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual itu boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore, melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip 'puspel' atau 'puspel syabas'. 

Syabas, Air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain