suria

RM37.2 Juta Diperuntuk Untuk Projek Landskap Di Johor

Halimah Mohd Sadique.

BATU PAHAT: Kerajaan memperuntukkan kira-kira RM37.2 juta untuk membangunkan beberapa projek landskap di Johor tahun depan, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohd Sadique.

Halimah berkata kerajaan memperuntukkan perbelanjaan tersebut untuk baik pulih landskap di Johor.

Katanya, beberapa projek baik pulih landskap yang dikenal pasti termasuk di bandar Batu Pahat, Taman Tasik Bandar Tenggara, Taman Awam Tepian Sungai Tanjung Agas dan Taman Komuniti Kampung Melayu Kluang.

"Ini hanyalah beberapa projek yang dikenal pasti kerajaan Pusat untuk pembangunan pada tahun depan," katanya pada majlis sambutan Hari Landskap peringkat negeri Johor di Taman Botani Johor, di sini, Ahad.

Halimah berkata kerajaan Persekutuan telah membelanjakan lebih RM13 juta untuk membangunkan landskap di negeri itu antara tahun 2014 dan 2015.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gempa Bumi Lemah Landa Ranau

Artikel Lain