suria

Mayat Remaja Terjun Sungai Pahang Ditemui

TEMERLOH: Mayat remaja yang didakwa terjun ke Sungai Pahang dari Jambatan Ahmad Shah di sini, pada Isnin lepas dijumpai terapung di Kampung Belimbing, Pekan, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh Hassanuddin Husein berkata mayat Mohamad Noor Hamizan Mohd Johar, 19, dijumpai pada pukul 12.50 tengah hari oleh orang awam di tebing sungai itu, yang terletak kira-kira 120 kilometer dari tempat dia terjun.

Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Pekan dan keluarga mangsa telah mengesahkan mayat pada pukul 6.05 petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4.30 petang Isnin, Mohd Noor Hamizan yang merupakan pelajar sebuah kolej di Kuantan, dikatakan terjun pada ketinggian 50 meter dari jambatan itu sebelum dihanyutkan arus deras.

Gerakan mencari dan menyelamat mangsa melibatkan 30 anggota dari bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut menggunakan unit anjing pengesan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain